Advertising
Mario Balotelli Bakal Berkelana Ke Korea?
Transfer
MakanBola
Genoa CFC

Bekas penyerang Manchester City, Mario Balotelli dilaporkan bakal berkelana ke Korea Selatan.

Foot Mercato melaporkan dua kelab K-League 1 yang tidak dinamakan berminat mendapatkan penyerang berusia 34 tahun itu.

Ad

Khabar ini timbul tatkala kelabnya, Genoa bersedia melepaskan Balotelli bagi membolehkan beliau mendapat minit permainan yang lebih kerap.

Ad

Perkara ini dinyatakan oleh pengarah sukan Genoa, Marco Ottolini. Ottolini melihat dengan statusnya sebagai penyerang veteran, Balotelli sudah pasti mahu lebih kerap bermain.

“Mario jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama, beliau masih mempunyai keinginan hebat untuk bermain dan itu satu penghormatan hebat buat beliau,” katanya.

Ad

“Dalam beberapa hari yang terakhir, kita akan cuba cari solusi yang bersesuaian buat semua orang dalam pasaran perpindahan.

Ad

“Jika Genoa tidak dapat memberi beliau minit permainan yang dimahukannya, solusinya ialah mencari kelab di mana beliau dapat pergi dan paling penting, bermain.”

Ad

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, Balotelli menjadi bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) terbaru yang memilih berkelana ke Korea Selatan. Sebelum ini, Modou Barrow dan Jesse Lingard memilih beraksi dalam saingan K-League 1.

Selepas meninggalkan Nottingham Forest, Lingard memilih menyertai FC Seoul. Barrow yang pernah beraksi untuk Swansea City pula mewakili Jeonbuk Hyundai Motors selama tiga musim.