Mario Balotelli Kembali Warnai Serie A
MakanBola
Adana Demirspor Kulubu
Sponsors

Bekas penyerang Manchester City, Mario Balotelli kembali mewarnai saingan Serie A dengan menyertai kelab Genoa.

Sebelum ini, penyerang Itali berusia 34 tahun itu berstatus ejen bebas selepas meninggalkan kelab Turkiye, Adana Demirspor pada 1 Julai lalu.

Ad
Sponsors

Balotelli dikatakan mencari satu lagi cabaran dalam dunia bola sepak sebelum mengumumkan persaraan. Pada satu ketika, graduan akademi Inter Milan itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab divisyen tiga Sepanyol, CF Intercity.

Ad

Kini, wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan Balotelli memilih untuk kembali ke Itali dan menyertai Genoa. Perpindahan ini terjadi selepas penyerang tersebut beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pengurus pasukan, Alberto Gilardino.

Gilardino cukup mengenali Balotelli kerana pernah beraksi bersama-sama dalam skuad kebangsaan Itali. Faktor itu juga mendorong bekas penyerang A.C Milan itu menerima tawaran Rossoblu.

Ad

Malah, Balotelli sanggup mengambil potongan gaji untuk memastikan perpindahannya ke Stadio Luigi Ferraris dapat dimuktamadkan.

Ad

Bekas penyerang City itu dijangka bersaing dengan Andrea Pinamonti, Vitinha, Caleb Ekuban, David Ankeye dan Jeff Ekhator untuk slot penyerang utama.

Ad