Pertahanan kental Negeri Sembilan, Mark Goulon sudah pun sihat sepenuhnya sekaligus memberi tonik tambahan kepada pasukan menjelang pertemuan dengan Terengganu.
Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara aset terbaik yang dimiliki oleh K.Devan dalam memacu cabaran pasukan untuk mengharungi musim panjang kali ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan dalam pertemuan menentang JDT tempoh hari yang menyaksikan skuad Hobin Jang Hobin dibelasah 7-0 di laman sendiri.
Kehilangan tersebut akhirnya terubat apabila beliau tampil cergas segera kurang daripada 5 hari apabila berada dalam kesebelasan utama Negeri Sembilan ketika melayan kunjungan KL City.
Aksi tersebut bagaimanapun terpaksa dihentikan akibat hujan lebat yang menyukarkan permukaan padang berada dalam keadaan baik.
Bekas pertahanan Sri Pahang ini dijangka akan terus kekal menjadi taruhan pasukan tatkala Safuwan Baharudin dan juga Casagrande sudah pun beraksi dalam perlawanan sebelum ini.
Goulon hanya dapat beraksi dalam dua aksi sahaja setakat ini bersama Negeri Sembilan.
Mereka juga sudah tentu mahu memperbaiki kedudukan dalam Liga Super selepas berada pada tangga kedua tercorot liga ketika ini.