Mark Milligan Tinggalkan Harimau Malaya Selepas Dua Bulan
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Selepas dua bulan bersama Harimau Malaya, penolong jurulatih dari Australia, Mark Milligan memilih meninggalkan pasukan itu.

Ini selepas jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengumumkan Milligan tidak lagi bersama skuad kebangsaan.

Ad

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Mark Milligan atas sumbangannya kepada pasukan kebangsaan Harimau Malaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

“Sungguhpun tempohnya singkat, beliau membantu langkah pertama bagi tempoh penting untuk persiapan aksi Malaysia menentang Nepal.

“Kami memahami dan menyokong keputusannya untuk mencari peluang di luar negara. Kami mengucapkan segala yang terbaik dalam usaha beliau pada masa hadapan.”

Ad

Beliau dijangka menggalas peranan sebagai jurulatih baru kelab A-League, Newcastle Jets untuk musim 2025/26 menggantikan jurulatih sebelumnya, Rob Stanton.

Ad

Milligan antara staf kejurulatihan terawal yang direkrut untuk menyertai barisan kejurulatihan Cklamovski.

Ad

Sebelum menyertai Harimau Malaya, beliau juga pernah menggalas peranan penolong jurulatih bersama Macarthur FC dan Adelaide United.

Ini kali kedua Milligan menggalas peranan sebagai ketua jurulatih. Sebelum ini, beliau pernah memimpin kelab semi-pro Australia, St. George dari 2021 hingga 2022.

Ramai penyokong meramalkan Cklamovski bakal mencari seorang penolong jurulatih baharu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Milligan.

Pada masa sama, ini memberi peluang buat jurulatih tempatan seperti Hairuddin Omar dan Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk tampil membantu memantapkan Harimau Malaya.

Selepas menewaskan Nepal 2-0 pada 25 Mac lalu, fokus Harimau Malaya beralih kepada aksi menentang Vietnam pada 10 Jun.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments