Advertisements
Marquez Lopez Mahu Jadikan Qatar Pasukan Terbaik Di Asia
Asia
MakanBola
Qatar FA

Ketua jurulatih Qatar, Marquez Lopez mahu jadikan Qatar sebagai pasukan terbaik di Asia dengan menjulang Piala Asia 2023.

Qatar kini turun dengan misi mempertahankan gelaran juara Asia berdepan Jordan kelak setelah pernah memenangi Piala Asia pada edisi 2019 yang lalu.

Jurulatih Qatar itu percaya dengan kemampuan anak buahnya merangkul kejuaraan buat kali kedua berturut-turut berdasarkan prestasi semasa yang cemerlang.

“Saya yakin pemain saya mampu bermain dalam kejohanan ini. Setiap pemain ada kekuatan tersendiri untuk menyumbang kepada pasukan. Ini adalah filosofi saya.”

“Pemain bukan mesin, mereka berlari dan bekerja keras. Normal jika permainan mereka merudum. Iran cuba bangkit dan kita juga ada peluang untuk jaringkan gol. Tiada pemain yang mampu bermain bagus sepanjang 90 minit tetapi kita tetap berikan yang terbaik untuk menang.”

“Sentiasa ada tekanan dalam perlawanan akhir terutamanya bertemu pasukan yang memiliki prestasi hebat sepanjang kejohanan. Tetapi pemain kita juga berani dan yakin untuk memenangi aksi ini.”

“Persaingan buatkan kita mencari kejayaan. Hussein Ammouta seorang yang luar biasa dan dia pernah melatih di Qatar. Kami yakin akan berikan tentangan sengit dan buat yang terbaik untuk memenangi perlawanan. Tempat kedua tidak cukup, kita mahu jadi yang terbaik di Asia.” ujar Marquez Lopez.

Qatar bakal berdepan cabaran Jordan dalam aksi akhir Piala Asia 2023 yang bakal disaksikan hampir 89,000 penyokong di Stadium Lusail.