Masalah Tunggakan Gaji Kelab Gergasi Thailand Semakin Parah
Asia Tenggara
Police Tero
Advertisements

Selepas tidak menerima tunggakan gaji selama lima bulan, barisan pemain kelab gergasi Thailand, Police Tero memfailkan aduan kepada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) semalam.

SiamSport melaporkan selain FAT, mereka turut menghantar surat aduan kepada pengendali Thai League 1, Thai League Co. Ltd.

Surat aduan yang dihantar menyatakan mereka bukan saja berdepan tunggakan gaji selama lima bulan.

Advertisements

Malah, mereka tidak tahu dengan siapa yang patut ditanyakan tentang hal ini. Bagi penjaga gol veteran, Sinthaweechai Hathairattanakool, langkah ini dilihat langkah terbaik bagi menuntut hak mereka.

Sinthaweechai turut menafikan dengan membuat langkah tersebut, mereka tidak akan beraksi untuk kelab itu.

Advertisements

“Bukannya kita tidak mahu bermain, kita mahu bermain setiap perlawanan. Kita tunjukkan bahawa kita beraksi dalam setiap perlawanan sepanjang masa walaupun berdepan halangan.

“Kita juga datang berlatih tapi di dunia sebenar, kita perlu (wang) untuk makan dan tambang perjalanan. Jadi, dengan hati yang berat, kami datang ke FAT dan Thai League Co. Ltd bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kami, kelab dan bola sepak Thailand,” katanya seperi dilaporkan SiamSport.

Advertisements

Sinthaweecai berharap dengan langkah ini, ini akan mendorong pengurusan Police Tero bersikap jujur dan bersedia berhubung dengan para pemain untuk mencari solusi.

“Mari berbincang dan jelaskan siapa sebenarnya pemegang saham kelab dan berkuasa menentukan sama ada kelab akan beralih tangan, mengurangkan saiz pasukan atau menghantar pasukan mencari menyertai pertandingan.

Advertisements

“Ini kerana semua orang sudah berusaha sehingga ke penghujung dan jika (masalah tunggakan gaji) ini berterusan, masalah ini akan terus berlarutan,” ujarnya.

Police Tero ketika ini menduduki tangga kelima Thai League 1 dengan 18 mata daripada 13 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram