Masatada Ishii Dilantik Ketua Jurulatih Baharu Thailand
Asia
Changsuek
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan jurulatih dari Jepun, Masatada Ishii dilantik sebagai ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan Thailand. 

Memetik laporan Bangkok Post, tempoh kontrak serta terma syarat antara FAT dan Masatada Ishii tidak didedahkan kepada pihak umum. 

Beliau sebelum ini telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal terlebih dahulu pada bulan Ogos yang lalu. Jurulatih Kelahiran Jepun ini menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Mano Polking yang kontraknya telah tamat tahun ini.

Advertisements

Jurultih berusia 56 tahun itu sudah berkelana di Thailand sejak tahun 2021 apabila beliau dilantik menjadi ketua jurulatih bagi pasukan Buriram United.

Dalam pada itu, Presiden FAT, Pol Jen Somyot Poompunmuang menaruh harapan yang tinggi kepada Masatada Ishii bagi membawa skuad Gajah Perang ke peringkat Asia dan juga dunia. 

Advertisements

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Masatada Ishii dan berharap beliau akan membawa kejayaan kepada pasukan kebangsaan dalam kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia,” kata Presiden FAT, Pol Jen Somyot Poompunmuang dipetik daripada Bangkok Post.

Tugas pertama bekas jurulatih Kashmia Antlers ini adalah perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun bagi persiapan menjelang Piala Asia dan kelayakan Piala Dunia.

Advertisements

Selepas itu, beliau akan menghadapi Piala Asia AFC di Qatar pada pertengahan bulan Januari 2024. Kemudiannya, perlawanan kelayakan Asia untuk Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan pada bulan Mac 2024 kelak. 

Untuk rekod, bekas jurulatih Buriram United ini pernah membawa Kashima Antlers menjadi juara Liga J1-League dan Emperor Cup pada tahun 2016.

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau turut berjaya membawa Kashima Antlers layak ke Piala Dunia Kelab dan menjadikan kelab Asian pertama untuk layak ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab menentang Real Madrid.

Kredibiliti serta pengalaman luas yang dimilikinya itu pasti ditagih oleh barisan pemain serta peminat bola sepak Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram