Ketua jurulatih Thailand, Masatada Ishii mahu anak buahnya meraih 6 mata dalam baki dua perlawanan menentang China dan juga Singapura.
Dua kemenangan tersebut penting untuk pasukan Thailand mengesahkan diri ke peringkat seterusnya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026.
Thailand ketika ini menghuni tangga ke-3 kumpulan C dengan mengumpul mata 4 setelah meraih 1 kemenangan, 1 seri dan 2 kekalahan dalam 4 perlawanan.
Masatada Ishii turut mengakui jurulatih China iaitu Branko Ivankovic memiliki pengetahuan bola sepak yang luas dan tidak mahu memandang rendah kemampuan pasukan China.
“Kami memiliki analisis perlawanan pasukan China. Kami akan kenal pasti kekuatan lawan dan cuba mengatasi perkara tersebut. Kami masih mempunyai baki 2 perlawanan lagi dan sudah tentu kami mahukan 6 mata penuh dalam dua baki perlawanan.
“Bertemu jurulatih Branko Ivankovic, dia memiliki pengalaman. Kami akan cuba menganalisis cara permainan mereka dan memecahkan barisan pertahanan China bagi meraih kemenangan dalam perlawanan nanti.” ujar Masatada Ishii.
Thailand yang berada di tangga ke-101 dunia akan bertandang ke Stadium Olimpik Shenyang bagi aksi menentang China pada 6 Jun ini untuk perlawanan kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026.