Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi pandangan bahawa masih mempunyai masa untuk bubarkan liga.
Perkara itu disuarakan Tunku Ismail dalam satu ciapan di laman X dengan turut memaparkan sejarah pemenang Liga Super dari 2004 sehingga 2025.
“Masih ada masa lagi untuk bubar liga. Boycott beramai ramai. Tunjuk kepada dunia mentality bolasepak Malaysia,” coret Tunku Ismail di laman X.
Dalam foto yang turut dimuatnaik Tunku Ismail, turut terlihat logo JDT yang disembunyikan sebagai juara Liga Super 2025/2026.
Untuk rekod, selepas dijenamakan semula pada 2013, JDT merupakan juara Liga Super sejak 2014 sehingga musim terbaru iaitu 2024/2025.
Menjelang musim baharu, beberapa pasukan dikatakan berdepan masalah kewangan malah ada pasukan yang hampir pasti tidak beraksi.
Manakala JDT dijangkakan bakal membuat rombakan besar-besaran termasuk menukar ketua jurulatih bagi menggantikan Hector Bidoglio,