Mason Greenwood Berisiko Hilang Masa Depan Di Man United
EPL
Manchester United
Advertisements

Penyerang Man United, Mason Greenwood berdepan risiko tidak dapat beraksi untuk kelab itu pada musim hadapan.

Akhbar Daily Mirror melaporkan figura-figura senior kelab termasuk mengarahkan nama penyerang berusia 22 tahun itu tidak dimasukkan dalam senarai pemain yang mengikuti jelajah pra-musim di Amerika Syarikat.

Keputusan tersebut dibuat selepas Greenwood dilihat berpotensi menarik publisiti negatif kepada pasukan, penaja dan rakan komersial United semasa jelajah pra-musim.

Advertisements

Ini ditambah dengan dua aksi pra-musim The Red Devils membabitkan dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Liverpool.

Dua perlawanan tersebut merupakan perlawanan pra-musim berprofil tinggi dan bakal menarik ramai penyokong bola sepak.

Tiga bandaraya Amerika Syarikat bakal menjadi destinasi pra-musim United iaitu Los Angeles, North Carolina dan San Diego.

Advertisements

Nama penyerang itu menjadi tumpuan sebelum ini selepas didakwa atas kesalahan keganasan rumahtangga pada akhir Januari 2022.

Bagaimanapun, Greenwood kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah selepas semua tuduhan ditarik balik berikutan keengganan saksi memberi keterangan dan bukti baru dalam perbicaraan.

Cubaan United untuk mengintegrasikan beliau dalam pasukan pada awal musim ini berdepan tentangan hebat ramai pihak termasuk kumpulan hak asasi wanita.

Advertisements

Pada akhirnya, The Red Devils kemudiannya meminjamkan Greenwood ke kelab La Liga, Getafe selama semusim pada tetingkap perpindahan musim panas lepas.

Meskipun pemilik minoriti, Sir Jim Ratcliffe memberi bayangan bakal menilai semula situasi Greenwood pada musim panas ini, ramai menjangkakan penyerang itu tidak akan kekal di Old Trafford.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram