Mason Greenwood & Man United Bakal Berpisah?
MakanBola
beIN SPORTS
Sponsors

Pemain sayap berkontroversi, Mason Greenwood kini mula menarik perhatian kelab-kelab gergasi eropah.

Greenwood yang hadir secara pinjaman menampilkan aksi yang cemerlang bersama Getafe musim ini setelah menjaringkan 3 gol dan 4 bantuan jaringan dalam 14 aksi liga.

Ad

Pemain berusia 22 tahun ini dipinjam keluar daripada Manchester United bagi mendapatkan kembali minit permainan dalam bola sepak setelah lebih setahun tidak beraksi.

Ad

Prestasi hebat bersama Getafe kini berjaya menarik minat Real Madrid serta Barcelona yang sedang memburu pemain serangan bagi memperkukuhkan kualiti serangan.

Manchester United bagaimanapun tidak akan mudah melepaskan khidmat pemain berbakat itu memandangkan United turut kekurangan pemain dibahagian sayap pasukan.

Ad

Perpindahan keluar Jadon Sancho, prestasi tidak menentu Anthony serta kemampuan Garnacho bermain efektif selama 90 minit menyukarkan lagi kebarangkalian untuk Greenwood berpindah.

Ad

United ketika ini masih belum merancang untuk menamatkan kontrak pinjaman dan memanggil balik Greenwood ke Old Trafford.

Ad