Pemain sensasi Selangor, Faisal Halim tiba di Stadium MBPJ hari ini bagi menyaksikan perlawanan Piala FA antara Selangor dan Negeri Sembilan.
Selepas insiden disimbah asid yang menimpa beliau pada 5 Mei lalu, Faisal tampil buat kali pertama di stadium bagi menyatakan sokongan buat rakan depasukan. Baru-baru ini, Faisal turut hadir ke sidang media rasmi tentang perkembangan semasa pemain sayap berusia 26 tahun itu.
Ketika jaringan pembukaan perlawanan oleh Yohandry Orozco pada minit keenam perkawanan, Orozco memberi penghargaan kepada Faisal apabila meraikan jaringan tersebut dengan gemaan ‘Siu’ di Stadium MBPJ. Faisal ketika itu kelihatan begitu sebak dan wajah anak jati Pulau Pinang ini penuh syahdu melihat jaringan itu terhasil.
Meskipun masih berada dalam fasa pemulihan, semangat yang dimiliki Faisal tidak terpadam untuk hadir bagi memberi sepenuh sokongan kepada Selangor. Turut sama hadir ke Stadium MBPJ ialah isteri dan anak beliau.
Selangor ketika ini sedang mendahului Negeri Sembilan dengan keputusan 2-0 hasil dua ledakan daripada import Merah Kuning iaitu Yohandry Orozco.