Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kalah menang merupakan adat permainan namun begitu kekalahan semestinya bukanlah sesuatu yang diinginkan lebih-lebih lagi kekalahan itu berpunca dari sebuah kesilapan.

Itulah yang berlaku kepada pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Umum mengetahui bahawa pasukan KDA FC telah ditewaskan oleh pasukan Terengganu FC (TFC) dengan keputusan 1-2 dalam aksi Liga Super pada 15 Julai yang lalu.

Disebalik kekalahan kepada TFC itu, dikhabarkan gol pertama yang dijaringkan oleh TFC itu seharusnya tidak dikira kerana Faisal Halim yang berlari di sayap kanan menerima bola dalam keadaan ofsaid.

Advertisements

Gerakan Faisal itu mencetuskan gol pertama TFC selepas beliau melorongkan bola kepada Kpah Sherman yang mudah menolak masuk untuk kedudukan 1-0 memihak TFC.

Pemain KDA FC, Dechi Marcel juga telah memuatnaik satu foto di ‘instastory’ yang memperlihatkan dengan jelas posisi Faisal yang berada dalam keadaan ofsaid ketika menerima bola daripada Petrus Shitembi.

Kedudukan penjaga garisan juga tidak selari dengan garis pertahanan yang dibina empat orang pemain pertahanan Kedah dan ianya sekali gus menimbulkan persoalan.

Advertisements
WhatsApp Image 2022 07 17 at 5.38.04 PM Mata Kedah Sebenarnya Dirompak? Perhatikan Betul-betul
Foto yang dimuatnaik oleh Dechi Marcel yang jelas memperlihatkan kedudukan ofsaid Faisal Halim. Perhatikan betul-betul.

Walau bagaimanapun, perlawanan sudah pun berlalu dan keputusan pengadil adalah muktamad. Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan diharapkan perkara sebegini tidak berlaku lagi dalam saingan Liga Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram