Matheus Babi Bakal Sertai Sri Pahang?
MakanBola
CD Santa Clara
Sponsors

Dengan Lucas Silva masih lagi berdepan masalah kecederaan, Sri Pahang FC amat memerlukan penyerang baru sebagai sokongan kepada Kpah Sherman. Dan menjelang tetingkap perpindahan kedua pada Julai ini, skuad Tok Gajah dikaitkan dengan penyerang Brazil, Matheus Babi.

Babi atau nama sebenarnya Matheus Barcelos da Silva merupakan penyerang kelab Serie A Brazil, Club Atletico Paranaense. Penyerang berusia 25 tahun itu baru saja menamatkan tempoh pinjamannya bersama kelab Liga Portugal 2, CD Santa Clara.

Ad

Semasa bersama The Azoreans musim lepas, Babi merekodkan 31 penampilan dalam semua kejohanan dan enam gol.

Ad

Walaupun berstatus tinggi lampai dengan ketinggian 191 cm, penyerang Brazil itu mempunyai larian yang pantas dan bisa mencipta peluang kepada rakan sepasukan.

Sebelum ini memegang rekod sebagai pemain kelima termahal pernah didapatkan Paranaense, Babi ketika ini sedang bercuti dan menanti apa hala tuju barunya selepas ini.

Ad

Sekiranya Babi menyertai Sri Pahang FC, beliau bakal menjadi pemain import kesembilan pasukan itu musim ini.

Ad