Ads
Matthew Davies Rekod Penampilan Ke-50 Bersama Harimau Malaya
Harimau Malaya
Haziq/MakanBola

Perlawanan menentang Kyrgyzstan semalam merupakan satu perlawanan istimewa buat pemain pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies.

Advertisements

Ini kerana perlawanan itu merupakan penampilan ke-50 beliau di pentas antarabangsa sejak merekodkan penampilan pertama pada September 2015.

Advertisements

Jurulatih Harimau Malaya pada ketika itu, Datuk Ong Kim Swee memberi peluang kepada Davies untuk merekodkan penampilan pertama menentang Arab Saudi pada 8 September 2015.

Advertisements
Advertisements

Sejak itu, Davies tidak menoleh ke belakang dan menjadi pilihan sebagai tonggak pertahanan skuad negara. Pemain pertahanan berdarah Malaysia-Australia itu bukan saja membawa cabaran negara dalam saingan Piala Asia 2023 dan empat edisi ASEAN Championship.

Malah, beliau juga turut dipanggil untuk memperkuat cabaran Harimau Muda untuk saingan Piala Asia B-23 edisi 2018. Davies membantu pasukan itu mara ke suku akhir sebelum tewas kepada Korea Selatan di peringkat suku akhir.

Advertisements

Davies juga turut membuat penampilan bersama Harimau Muda untuk temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Beliau menebus kehampaan dua tahun sebelumnya dengan membantu Malaysia mara ke final.

Walau bagaimanapun, hajat skuad muda negara meraih pingat emas dalam temasya itu tidak berhasil apabila tewas 1-0 kepada Thailand di pentas final.

Dalam 50 penampilan bersama Harimau Malaya, bekas pemain pertahanan Sri Pahang FC itu telah mencipta empat bantuan gol mengikut data Transfermarkt.

Disebabkan penampilan beliau yang konsisten di peringkat antarabangsa, statistik Davies hanya boleh disaingi rakan sepasukan dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), La’Vere Corbin-Ong.

Sejak dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada 2019, Corbin sudah merekodkan lebih 36 penampilan termasuk dalam saingan Piala Asia 2023.

Davies turut menggondol Anugerah Pemain Muda Terbaik (2015/16) dan Pemain Pertahanan Terbaik (2017, 2021) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK).

Advertisements

Pencapaian manis ini dilihat akan mendorong beliau untuk membantu Malaysia melakar kemenangan ke atas Chinese Taipei. Perlawanan tersebut akan berlangsung pada 11 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram