Asia Tenggara
Advertisements

Penyerang Veteran Negara, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo yang sebelum ini dilaporkan akan menandatangani kontrak bersama pasukan BG Pathum United, bakal berpeluang diuji pada perlawanan pertama menentang SCG Muangthong United di LEO Stadium pada 15 Februari 2020.

Manakala, seorang lagi pemain Malaysia yang kini bersama pasukan Police Tero FC, Dominic Tan juga mempunyai jadual perlawanan pertama yang tidak kurang hebatnya apabila pasukan itu dijadualkan menerima kunjungan gergasi bola sepak Thailand, Buriram United di Boonyachinda Stadium pada 15 Februari 2020.

thai league Matyo Berdepan SCG Muangthong, Dominic Berentap Menentang Buriram United
Thai League

Kedua-dua perlawanan ini pastinya akan menjadi perhatian ramai peminat-peminat bola sepak di Malaysia terutama perlawanan melibatkan Norshahrul Idlan Talaha, selepas beberapa kali cubaan beliau untuk beraksi diluar negara terhalang sebelum ini.

Advertisements

Pertembungan antara kedua-dua pemain negara ini juga bakal disaksikan pada 26 Februari 2020 di LEO Stadium apabila pasukan masing-masing bakal berentap dan perkara seperti ini jarang berlaku bagi pemain bola sepak Malaysia terutamanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram