Matyo Dilantik Penolong Jurulatih KL City
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo sah menyertai KL City FC sebagai penolong jurulatih.

Beliau bakal memainkan peranan sebagai penolong jurulatih pasukan KL City Extension (Bawah 23 Tahun (B-23)) untuk musim 2024/25. Perlantikan ini diumumkan pengurusan The City Boys hari ini.

“Kuala Lumpur City Football Club amat gembira untuk mengumumkan kehadiran legenda bola sepak Malaysia, Norshahrul Idlan untuk menyertai barisan kejurulatihan kita.

Advertisements

“Dikenali juga sebagai Matyo, Norshahrul telah meninggalkan impak besar kepada sejarah bola sepak Malaysia terutama kejayaan skuad kebangsaan menggondol gelaran juara AFF Suzuki Cup.

“Amat dikenali kerana bakatnya yang unik dan licik, Norshahrul menjadi asas kepada bola sepak Malaysia (dengan) menyumbang kepada tiga gelaran juara Liga Super, dua gelaran juara Piala Malaysia dan dua gelaran juara Piala FA.

“Pencapaian mengagumkan beliau termasuk tiga anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) (Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK)) tiga kali berturut-turut. Selamat berjaya Matyo!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Pengumuman ini sekaligus mengesahkan perkhabaran yang dibawa wartawan Astro Arena, Fina Nasrom semalam.

Fina sebelum ini mendedahkan Norshahrul telah menerima tawaran kontrak sebagai penolong jurulatih sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang.

Satu persoalan yang kini bermain di fikiran penyokong KL City ialah siapa bakal menggalas peranan sebagai jurulatih KL City Extension.

Advertisements

Ini kerana peranan tersebut sebelum ini digalas oleh bekas jurulatih PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail untuk musim 2023.

Wan Rohaimi kemudiannya mendapat kenaikan pangkat apabila dilantik sebagai jurulatih skuad senior The City Boys untuk musim 2024/25.

Peranan tersebut menyaksikan beliau membantu pengendali pasukan itu dari Croatia, Miroslav Kuljanac.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram