Matyo Sudah Bersara?
Liga Super
Harini FT
Advertisements

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo dilaporkan bakal menggantung but.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mendedahkan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu bakal menceburi dunia kejurulatihan

Norshahrul dilaporkan telah menerima tawaran sebagai penolong jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) untuk sebuah pasukan di Lembah Klang.

Advertisements

Walau bagaimanapun, identiti pasukan yang membuat tawaran berkenaan kepada beliau tidak didedahkan.

“Matyo gantung but? Difahamkan sudah menandatangani kontrak bersama sebuah pasukan di Lembah Kelang sebagai penolong jurulatih skuad bawah 23 tahun,” katanya di X.

Sekiranya khabar ini benar, Norshahrul bakal menjadi bekas pemain kebangsaan terbaru yang menceburi dunia kejurulatihan untuk musim 2024/25.

Advertisements

Sebelum ini, bekas bek tengah kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak menyertai staf kejurulatihan JDT sebagai penolong jurulatih kepada Hector Bidoglio.

Sementara S. Subramaniam pula menggalas peranan sebagai penolong jurulatih kepada K. Devan untuk pasukan Liga A1 Semi Pro, Melaka FC.

Kembar Aidil, Zaquan Adha turut menyatakan minat menceburi dunia kejurulatihan sambil mengimbangi peranannya sebagai pakar bola sepak untuk Astro Arena musim ini.

Advertisements

Norshahrul dan Zaquan merupakan sebahagian daripada panel pakar bola sepak Astro Arena untuk liputan Liga Malaysia (Liga M) 2024/25.

Selain mereka, Mahali Jasuli, Razman Roslan dan Safee Sali turut menjadi panel pakar bola sepak untuk musim ini.

Norshahrul sebelum ini beraksi untuk kelab Harini FT dalam saingan Liga A1 Semi Pro musim 2023.

Advertisements

Selain JDT dan Harini, beliau juga pernah beraksi untuk Kelantan FC, Terengganu FC, ATM, Perak FC, Negeri Sembilan FC, UPB-MyTeam, Sri Pahang FC, BG Pathum United, Melaka United dan Sarawak United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram