Mauricio Dos Santos Tinggalkan JDT, Ini Senarai Kejayaan Beliau Bersama JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Selepas menabur bakti selama empat tahun bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mauricio Dos Santos Nascimento akhirnya meninggalkan kelab tersebut.

Sebentar tadi, pasukan JDT telah mengeluarkan kenyataan dengan mengesahkan bahawa pemain pertahanan berusia 33 tahun itu tidak akan bersama pasukan JDT lagi.

Walaupun tidak lagi bersama JDT, sumbangan Mauricio bersama pasukan JDT ternyata akan diingati oleh para penyokong pasukan Harimau Selatan itu malah beliau diangkat sebagai legenda kelab selepas meraih lapan trofi bersama JDT.

Advertisements

Sepanjang bersama JDT, Mauricio sudah merasai tiga kejuaraan Liga Super, satu kejuaraan Piala Malaysia iaitu pada tahun 2019 dan empat kali memenangi Piala Sumbangsih. Ini menjadikan keseluruhan lapan trofi yang dimenanginya dalam tempoh empat tahun sahaja.

Mauricio merupakan pemain yang sentiasa beraksi di kejohanan tertinggi di Asia iaitu Liga Juara Juara Asia (ACL) bersama JDT. Walaupun pada musim ini, beliau hanya diturunkan selama 20 minit sahaja dalam kancah ACL, namun penampilan-penampilan beliau pada edisi-edisi sebelum ini sudah tentu akan terus diingati.

Dengan Mauricio sah meninggalkan JDT, para penyokong semakin ternanti-nanti pemain manakah yang akan dibawa masuk menggantikan pemain dari Brazil itu. Sebelum ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa pemain kacukan Indonesia, Jordi Amat dan pemain kebangsaan Malaysia. Dion Cools akan menyertai gergasi dari selatan tanah air itu.

Advertisements

Namun sehingga kini, pihak JDT masih belum mengumumkan pemain-pemain baharu yang akan dibawa masuk untuk menguatkan pasukan ini beraksi di saingan domestik dan di peringkat Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram