Mauricio Jaring Gol Debut Torpedo Bersama Náutico
Dunia
Nauticope
Advertisements

Bekas pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Maurico Dos Santos kembali mencuri tumpuan selepas membantu pasukannya, Nauticope dalam saingan Serie B semalam.

Pemain berusia 33 tahun itu turun dalam kesebelasan utama buat pertama kalinya sejak melengkapkan perpindahan ke negara kelahirannya iaitu Brazil.

Beliau jelas berada dalam kelas tersendiri apabila beraksi dengan cukup baik untuk mengudi benteng tengah pasukan.

Advertisements

Kelebihan tandukan yang dimiliki oleh bekas bintang Lazio ini jelas menjadi aset berharga buat pasukan terutamanya menerusi penciptaan peluang sepakan sudut dan juga sepakan percuma.

Mauricio berjaya memanfaatkan situasi kel-kabut dalam kotak penalti Club de Regatas (CRB) apabila kegagalan penjaga gol lawan menumbuk kemas menyebabkan gol terhasil.

Beliau jelas dapat menghidu peluang yang terhidang sebelum melakukan satu rembatan kencang untuk menjaringkan gol pendahuluan tuan rumah.

Advertisements

Gol itu telah memastikan Nautico berjaya membawa pulang 3 mata untuk memperbaiki kedudukan.

Kini, Nautico berjaya mengumpul 20 mata namun masih terleposok di tangga ke-18 liga kedua ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram