Seorang mayat lelaki dipercayai Nidza Afham telah ditemui di Sungai Klang , hari ini.
Perkara ini dinyatakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang, di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan bahawa mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
“Serahkan kepada pihak polis,” katanya kepada media selepas ditanya mengenai identiti mayat lelaki yang dipercayai penyanyi, Nidza Afham Mokhtar.
Baru-baru ini, pihak polis telah mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang semalam namun tidak pulang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong memberitahu bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi.
Beliau menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjogging.
“Pada 9.04 malam, teman wanita Afham menghubunginya dan mendapati panggilan tersebut tidak dapat disambungkan.
Lokasi terakhir keberadaan Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.