Penyerang Perancis, Kylian Mbappe mengalami kecederaan patah hidung dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan D menentang Austria bagi aksi saingan Euro 2024 pagi tadi.
Perkara ini telah disahkan oleh jurulatih Perancis, Didier Deschamp sejurus selepas tamat perlawanan.
Insiden yang dialami oleh Kylian Mbappe itu ketika aksi separuh masa kedua pada minit ke-86 dimana beliau berlaga bahu dengan salah seorang pemain Austria, Kevin Danso.
Pemain berusia 25 tahun itu tidak akan membuat rawatan pembedahan sebaliknya pihak rawatan pasukan akan mencari alternatif lain mengatasi kecederaan yang dialami bagi menghadapi baki dua perlawanan akan datang.
Perancis ketika ini berada dikedudukan kedua kumpulan D berkongsi mata bersama Belanda selepas menang tipis ke atas Austria.
Mbappe berkemungkinan besar terlepas aksi kedua peringkat kumpulan D menentang pasukan gergasi Belanda pada 22 Jun ini.