Media Bebas Thailand Anggap Pratama Arhan ‘Masalah’ Besar Indonesia
Asia Tenggara
Goal Indonesia
Advertisements

Media bebas dari Thailand mula berbicara tentang lontaran jarak jauh yang menjadi senjata skuad kebangsaan Indonesia.

Indonesia dibawah kendalian Shin Tae-yong ketika ini gemar melakukan lontaran jarak jauh yang mana menjadi aset penting Indonesia dalam usaha mereka mencari jaringan. Menerusi satu ciapan di Twitter, media bebas dari Thailand itu beranggapan teknik lontaran itu sememangnya bahaya dan menjadi perangkap buat pihak lawan.

Strategi ini nyata membuahkan hasil apabila gol kemenangan Indonesia ketika menentang Vietnam pada kelmarin terhasil bermula daripada lontaran tersebut.

Advertisements

Teknik lontaran Pratama Arhan menyebabkan benteng pertahanan Vietnam kucar-kacir sekaligus dimanfaatkan penyerang sensasi Indonesia, Egy Maulana Vikri. Egy mudah menyumbat masuk bola ke gawang selepas kesilapan yang dilakukan pertahanan Vietnam.

Jaringan itu menjadi gol kemenangan buat Indonesia apabila berjaya atasi Vietnam dengan keputusan 1-0.

Setiap pasukan yang berentap menentang Indonesia kini perlu lebih cakna kepada taktikal ini. Ini kerana, ‘DNA’ ini menjadi ancaman lawan dan ia turut diterapkan ke skuad B23 Indonesia menerusi lontaran Robi Darwis.

Advertisements

Indonesia dan Vietnam sekali lagi akan berentap bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa, 26 Mac di Stadium My Dinh, Hanoi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram