Media Colombia Kongsi Tawaran Kelab Malaysia Buat Sherman Cardenas
Transfer
Once Caldas
Advertisements

Selepas Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 berakhir, spekulasi perpindahan mula mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air.

Terbaru, seorang lagi pemain import dilaporkan bakal mewarnai saingan Liga M musim depan iaitu Sherman Cardenas.

Nama Cardenas timbul selepas wartawan sukan Colombia, Miler Yovan mendedahkan khidmat pemain tengah menyerang berusia 34 tahun itu menarik minat kelab Arab Saudi dan Malaysia.

Advertisements

Bagaimanapun, Yovan tidak mendedahkan pasukan Liga M mana yang telah membuat tawaran kepada bintang veteran itu.

Tidak mustahil sebuah kelab gergasi Liga M menunjukkan minat kepada beliau kerana memiliki nilai €250,000 (RM1.27 juta).

Cardenas hadir dengan reputasi sebagai pemenang trofi di negara kelahirannya, Colombia. Beliau pernah menjulang gelaran juara Superliga Colombiana, Copa Colombia dan Liga Dimayor I.

Advertisements

Selain itu, Cardenas juga pernah membantu kelab Colombia, Atletico Nacional muncul juara Copa Libertadores pada 2016.

Sejak membuat kemunculan pertama pada 2009, beliau telah merekodkan 532 penampilan, 62 gol dan 84 bantuan gol mengikut data Transfermarkt.

Cardenas dijangka tidak kekal dengan kelabnya, Once Caldas kerana kontraknya bakal berakhir esok.

Advertisements

Menjelang 1 Januari 2024, beliau akan menjadi ejen bebas dan boleh berbincang dengan mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram