Media Indonesia Percaya Hanya Asnawi Mampu Halang Kelincahan Arif Aiman
MakanBola
AFF Suzuki Cup
Sponsors

Media Indonesia percaya bahawa pertahanan Timnas, Asnawi Mangkualam hanya satu-satunya pemain yang mampu menghalang kelincahan Arif Aiman Hanapi.

Baru-baru, kelibat pemain berusia 22 tahun itu menjadi bualan hangat apabila menjadi watak penting Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan ACLE.

Ad

Beliau berjaya menjaringkan dua gol ketiga bertemu Shanghai Port sebelum menambah koleksi jaringan berdepan Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim.

Ad

Media Indonesia, Berita Sepakbola Dunia berkongsi klip aksi Arif Aiman beraksi menentang Indonesia dalam saingan AFF Suzuki Cup 2020 ketika baru berusia 18 tahun.

Arif yang beraksi sebagai pemain sayap kiri berdepan dengan kapten Timnas Indonesia, Asnawi Mangkualam dengan Indonesia melakar kemenangan 4-1 ke atas Harimau Malaya.

Ad

Media Indonesia percaya kelincahan Arif Aiman hanya mampu dihalang oleh Asnawi yang kini beraksi di Thailand bersama Port FC.

Ad

“Detik pemain bintang Malaysia, Arif Aiman dihalang oleh Asnawi Mangkualam,” jelas hantaran tersebut.

Ad

Pemain kebangsaan Harimau Malaya itu merupakan watak penting JDT sejak beberapa musim kebelakangan ini sementara Asnawi mula mendapat tempat di Thailand.

Port FC bagaimanapun beraksi dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) sementara JDT beraksi di pentas tertinggi iaitu ACLE.