Media Korea Selatan telah mengaitkan perpindahan tonggak lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi ke Jeonbuk Hyundai Motors.
Tonggak berusia 24 tahun itu menikmati musim cemerlang bersama skuad Harimau Selatan selepas menjadi watak penting pada posisi serangan.
Beliau bagaimanapun terpaksa melupakan hasrat untuk terus beraksi ekoran kecederaan dan sudah pun mendapatkan rawatan di luar negara.
Nama Arif terus hangat dalam kancah bola sepak Asia selepas terdapat laporan mengenai minat kelab gergasi Korea Selatan terhadap tonggak Harimau Malaya ini.
Laman AddOnTime mengeluarkan satu hantaran yang mengaitkan potensi Arif Aiman yang merupakan tonggak utama JDT untuk membawa haluan baharu.
Berita ini masih diklasifikasikan sebagai khabar angin dengan masih tiada pengesahan rasmi berhubung perpindahan pemain ini ke luar negara.
Sebagai rekod, Arif terlibat dalam 17 jaringan yang dihasilkan oleh JDT pada saingan Liga Super 2025-26 dan menjadi tempatan paling menyinar di JDT.