Media Korea Selatan Puji Impak Shin Tae-yong Kepada Indonesia
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Kejayaan jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong membawa Indonesia ke suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 menarik perhatian media Korea Selatan.

Ini kerana meskipun berdepan cabaran tuan rumah Qatar, Australia dan Jordan dalam Kumpulan A, Tim Garuda menunjukkan keazaman untuk mara buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Indonesia.

Indonesia membuka kempen Kumpulan A dengan langkah kiri apabila tewas 2-0 kepada Qatar. Anak buah Tae-yong kemudiannya bangkit dengan menewaskan Australia 1-0 dan membelasah Jordan 4-1.

Advertisements

Portal MK Sports menyifatkan impak yang dibawa Tae-yong telah mengubah bola sepak Indonesia.

Ini kerana sejak dilantik sebagai jurulatih Tim Garuda pada 2019, beliau telah membantu pasukan itu memberi cabaran di pentas antarabangsa termasuk Piala Asia 2023 dan Piala Asia B-23 2024.

Sementara akhbar Cheonji pula melabel impak bekas jurulatih Korea Selatan itu sehebat impak Park Hang-seo kepada Vietnam.

Advertisements

Hang-seo membimbing Vietnam dari 2018 hingga awal tahun 2023 selepas dipilih menggantikan Nguyen Huu Thang.

Tempoh tersebut menyaksikan Vietnam menjadi naib juara Piala Asia B-23 2018, tempat keempat Sukan Asia, juara Piala AFF 2018, layak ke suku akhir Sukan Asia 2019 dan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.

Disebabkan impaknya kepada Tim Garuda, tidak hairanlah ramai peminat bola sepak Indonesia mahu Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengekalkan khidmat beliau.

Advertisements

Ketika ini, Tae-yong memiliki baki kontrak bersama Indonesia sehingga Jun 2024. Meskipun Presiden PSSI, Erick Thohir memahami kehendak penyokong, beliau meminta mereka agar bersabar.

Ini kerana Erick sudah mendapatkan persetujuan awal dengan jurulatih Korea Selatan itu untuk kekal bersama Indonesia.

Indonesia bakal menentang pasukan gergasi Asia, Korea Selatan di peringkat suku akhir pada 25 April di Stadium Abdullah bin Khalifa.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram