Media Perancis Anggap Vietnam Dan Indonesia Sebagai Pasukan Pengacau
Asia
VFF / PSSI
Advertisements

Media Perancis, Lucarne-opposee baru-baru ini telah melabel pasukan Vietnam dan Indonesia bakal jadi pasukan yang mengganggu kemaraan pasukan-pasukan lain di kejohanan Piala Asia Bawah 23 (B-23) Qatar.

Dalam erti kata mudah, dua pasukan Asia Tenggara ini bersama-sama tiga lagi negara iaitu Jordan, Tajikistan dan China akan menyukarkan perjalanan pasukan lain di kejohanan ini.

Selain melabelkan Vietnam dan Indonesia sebagai pasukan pengacau, Lucarne-opposee juga meramalkan Jepun, Korea Selatan dan Australia sebagai calon terbaik untuk tiga posisi terbaik kejohanan.

Advertisements

Media tersebut yakin jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong tahu cara terbaik bagi melakar kejutan dalam aksi sulung Garuda di kejohanan berprestij itu.

Ianya dapat dibuktikan apabila Indonesia melakar kejutan terbesar kejohanan apabila menewaskan Australia dengan keputusan 1-0 dalam aksi kumpulan A tempoh hari.

Manakala buat Vietnam, walaupun Phillippe Troussier telah melepaskan jawatan sebagai pengendali Vietnam B23, namun penggantinya Hoang Anh Tuan mampu membawa kejutan dalam kejohanan ini.

Advertisements

Media Perancis menganggap Hoang Anh Tuan agak kurang menyengat dari sudut taktikal berbanding Troussier namun jurulatih itu mengenali setiap pemain yang dibawanya ke Qatar.

Untuk rekod, Hoang Anh Tuan pernah membawa Vietnam ke separuh akhir Piala Asia Bawah 19 (2016) dan sekali gus mara ke Piala Dunia B-19 pada tahun berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram