Media Sepanyol Lapor Xisco Munoz Bakal Jurulatih Baharu JDT
MakanBola
WFC/JST
Sponsors

Salah sebuah media berita di Sepanyol melaporkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menerima sentuhan bekas jurulatih Watford, Xisco Munoz.

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam meramal JDT akan menerima jurulatih baharu yang berkemungkinan besar datangnya daripada Sepanyol.

Ad
Sponsors

Ramalan jurulatih dari Sepanyol tersebut dibuat memandangkan JDT kini diterajui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu dan legenda Liverpool, Luis Garcia yang berasal daripada negara Eropah itu.

Ad

Terkini, menurut laporan media Sepanyol, Relevo melaporkan bahawa Xisco Munoz yang merupakan bekas jurulatih kelab Watford FC, Sheffield Wednesday dan SC Huenda akan melatih pasukan JDT.

“Xisco Muñoz sedang bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dalam kerjayanya sebagai jurulatih.”

Ad

“Bekas jurulatih Watford pada musim 2020/21 dan kemudian Huesca ini kini hampir memulakan satu lagi pengembaraan di luar negara.”

Ad

“Selepas berehat sepanjang musim 2024/25, jurulatih dari Kepulauan Balearic ini dikatakan semakin hampir untuk mengambil alih (tugas melatih pasukan) JDT dari Malaysia,” lapor Relevo.

Ad

Malah, Relevo turut mendedahkan bahawa perbincangan antara kedua-dua pihak semakin hampir untuk selesai dan jelas JDT mahukan khidmat Xisco Munoz bagi menerajui projek kelab.

“Perjanjian hampir dimuktamadkan dan boleh dikatakan beliau kini hanya selangkah lagi untuk menjadi jurulatih baharu kelab dari Asia tersebut.”

“JDT mahukan Xisco Muñoz bagi mengetuai projek baharu yang mereka rancang, dan malah berharap dapat menyelesaikan pelantikannya dalam masa terdekat.”

Sehingga kini, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dari pihak JDT terutamanya melibatkan status Hector Bidoglio yang ketika ini menjawat tugas sebagai jurulatih.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments