Media Sepanyol Sahkan Radamel Falcao Sedia Lanjutkan Karier Di JDT
MakanBola
Rayo Vellecano
Sponsors

Salah sebuah media di Sepanyol telah pun mengesahkan bahawa berita mengenai minat yang ditunjukkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) terhadap bintang sensasi dunia, Radamel Falcao adalah benar.

Pemain berusia 37 tahun itu difahamkan menunggu rundingan terakhir dengan pasukan Vallecas untuk menamatkan kontraknya dan sudah pun menunjukkan kesediaan untuk melangsungkan kerjaya profesional baharu ini di JDT.

Ad

Penyerang Colombia tersebut masih mempunyai kontrak dengan pasukannya sehingga Jun nanti dilaporkan sedang menilai tawaran yang diterimanya untuk beraksi bersama juara 9 kali Liga Super berturut-turut itu.

Ad

Pasukan yang dibimbing oleh Tano Solari telah menunjukkan minat untuk mendapatkan bekas bintang Atletico Madrid ini untuk dua musim akan datang.

Beliau juga bakal memainkan peranan selaku duta untuk kelab dan Johor sementara menunggu rundingan terakhir dengan pasukan Vallecas dengan penyerang itu sudah menunjukkan dirinya sanggup menghadapi perjalanan profesional baharu ini.

Ad

Sekiranya perpindahan ini terjadi, ia bakal menjadi pasukan kesepuluh dalam karier gemilangnya yang pernah dikenali sebagai salah seorang penyerang paling digeruni generasinya.

Ad

Bukan itu sahaja, salah sebuah kelab di Sepanyol, Valencia turut menyatakan minat untuk mendapatkan Falcao bagi memantapkan jentera serangan mereka.

Ad

Pautan artikel: Marca