Melaka Komited Elak Isu Tunggakan Gaji
MakanBola
Melaka FC

Juara Liga A1 Semi-Pro, Melaka FC komited memastikan isu tunggakan gaji tidak menimpa barisan pemain dan pegawai pasukan itu.

Perkara itu dinyatakan sendiri presiden kelab itu, Datuk Nur Azmi Ahmad. Ini kerana apabila isu tersebut berjaya dihindarkan, ini membolehkan pemain fokus kepada prestasi mereka di atas padang.

Ad

“Sebelum saya tandatangani kontrak pemain, saya panggil akauntan saya membuat (pengiraan) dari segi dia membelanjakan duit mereka dengan duit mereka sendiri. Jadi, dari segi itu, nampak bagus.

Ad

“Dan itu yang kita buat cadangan bayar (gaji) dua kali bayar itu, kalau pembayaran dia di bawah 10 haribulan, kita pada 15 haribulan sudah bayar.

“(Ini) bermakna tunggakan terhadap pemain tersebut tidak merungsingkan pemain itu dan fokus kepada permainan,” katanya semasa menjadi tetamu Nadi Arena.

Ad

Kebijaksanaan Melaka menguruskan kewangan mereka membantu pasukan itu muncul juara Liga A1 Semi-Pro baru-baru ini.

Ad

Atas sebab itu, Nur Azmi turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama barisan pemain yang menyumbang kepada kejayaan tersebut.

Ad

“Terima kasih juga kepada barisan pentadbiran pasukan, jurulatih dan pemain-pemain. Ini kerana tanpa mereka, Melaka FC tidak akan berada pada puncak pencapaian yang kita kecapi hari ini,” tambahnya.

Status juara yang diraih Melaka membolehkan pasukan itu layak secara automatik ke Liga Super.