Melaka United Ada Peluang Terselamat Daripada ‘Ditendang’ Keluar Dari Liga Malaysia
Liga Super
Melaka United Football Club
Advertisements

Melaka United masih berpeluang untuk terselamat daripada ‘ditendang’ keluar dari saingan Liga Malaysia musim depan, di sebalik tidak diberikan lesen kebangsaan oleh Malaysian Football League (MFL).

Ini kerana ada perbincangan serius bersama beberapa syarikat gergasi tanah air, untuk menjual seluruh saham Melaka United sepertimana didedahkan oleh peguam kelab itu, Zhafri Aminurrashid.

Dipetik bercakap kepada Arena Metro, Zhafri menyatakan bahawa antara syarikat yang sedang dalam rundingan bersama Melaka United termasuklah sebuah syarikat yang tersenarai dalam bursa saham.

Advertisements

“Rundingan tersebut adalah sama ada untuk bekerjasama dengan Datuk Justin Lim (pemilik) atau syarikat berkenaan membeli kesemua saham kelab,” kata Zhafri.

Bagaimanapun, beliau memberitahu kata putus tidak boleh dicapai dalam masa sehari atau dua, kerana ia adalah satu proses panjang untuk kedua-dua pihak bersetuju.

Justeru beliau mengharapkan ehsan MFL untuk menerima rayuan yang dikemukakan menjelang tarikh akhir pada 19 Oktober (Rabu).

Advertisements

“Ia mungkin ambil masa dalam 30-60 hari sebelum dapat dimuktamadkan, situasi ini macam pasukan Perak FC sebelum ini juga, beberapa kali rundingan dibuat sebelum syarikat besar yang tersenarai dalam public listed iaitu XOX tampil membeli kelab itu.

“Jadi kita harap MFL dapat memahami dan menerima rayuan yang kita akan serahkan bagi membolehkan pasukan terus kekal beraksi dalam Liga Super musim depan.

“Tapi kalau rayuan kita tak berjaya, sudah tentu agak sukar kita nak cari ‘pembeli’ di luar sana untuk menyelamatkan kelab ini,” tambahnya.

Advertisements

Sebagai rekod, permohonan Melaka United untuk mendapatkan lesen beraksi di Liga Malaysia 2023 sebelum ini ditolak kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan First Instance Body Pelesenan Kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Selain gagal melunaskan gaji bulan Jun dan Ogos, Melaka United juga mempunyai tunggakan potongan KWSP serta LHDN sehingga bulan Ogos tahun ini.

Mengulas mengenai isu tersebut, Zhafri berkata pihak kelab masih dalam proses mencapai persetujuan pembayaran secara berperingkat dengan kesemua pihak yang terlibat.

Advertisements

“Ada tiga peringkat, pertama kami sudah dapat persetujuan penuh pembayaran bersama kakitangan dan staf sokongan kelab.

“Tetapi untuk jurulatih, ada yang menerima dan ada yang belum memberi kata putus. Namun persetujuan dengan pemain agak sukar, di mana boleh dikatakan semua pemain belum memberi keputusan.

“Tapi kami akan berusaha untuk yakin selesaikan masalah ini, dan harap semua dapat diselesaikan sebelum esok (Rabu),” katanya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram