Memasukkan Dua Pemain United Pada Masa Kecederaan Makan Diri Southgate
MakanBola
Sponsors

Keputusan jurulatih pasukan England, Gareth Southgate untuk memasukkan dua bintang muda Manchester United, Jadon Sancho dan Marcus Rashford memakan diri sendiri apabila kedua-dua pemain itu menjadi punca kegagalan pasukan itu menjulang piala berprestij itu awal pagi tadi.

View this post on Instagram

A post shared by Project Football (@projectfootball)

Ad

Keputusan drastik itu dilakukan oleh pengurus tersebut dilihat signifikan dengan kegagalan England untuk menghabiskan 90 minit perlawanan selepas diikat oleh pasukan itali dengan jaringan 1-1.

Ad

The Three Lions bermula garang di awal minit permainan dengan melancarkan asakan bertali arus ke kubu pertahanan Itali dan hasilnya, gol tunggal England berjaya dihasilkan menerusi rembatan Luke Shaw pada minit ke-2.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by 433 (@433)

Ad

Namun begitu, pasukan kendalian Roberto Mancini berjaya menjaringkan gol penyamaan dalam situasi kelam-kabut di depan gawang England apabila Bonucci berjaya menolak masuk bola melepasi Jordan Pickford.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by UEFA EURO 2024 (@euro2024)

Seminit sebelum perlawanan tamat perlawanan masa tambahan, keputusan Southgate untuk menggantikan Kyle Walker dan Jordan Henderson dilihat tidak membantu pasukan tersebut apabila kedua-dua pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti yang menyebabkan kemenangan pasukan England ditangguhkan.

Sepakan penalti yang diambil oleh Rashford berjaya menghantar penjaga gol Itali, Gainluigi Donnarumma ke arah berlawanan namun sepakannya terkena tiang ketika England memiliki kelebihan selepas Belotti gagal menyempurnakan penalti kedua buat Itali namun disia-siakan.

Kelebihan tersebut terpadam apabila Sancho pula gagal untuk memanfaatkan peluang yang ditugaskan kepadanya apabila Donnarumma berjaya menyelamatkan sepakannya dengan mudah. Sungguhpun sepakan penalti Jorginho selepas itu berjaya diselamatkan oleh Pickford, Bukayo Saka juga tidak berjaya menyudahkan sepakan penalti kelima England dengan baik apabila sepakan beliau pada sudut kiri penjaga gol itu diselamatkan.

Akhirnya, kemenangan sah menjadi milik pasukan The Azurri yang ditentukan menerusi penentukan sepakan penalti.

Ini sekaligus memberi tamparan yang hebat terhadap kredibiliti Southgate dalam mengendalikan pasukan yang dibarisi pemain bersatus bintang tatkala pasukan ini tidak berjaya mengecap sebarang trofi menjelang kejohonan Piala Dunia yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Dua pemain serangan bernilai jutaan ringgit hanya digunakan untuk sepakan penalti?