Menakjubkan!! Keputusan 6-6 Dalam Liga Scotland
Trivia
Advertisements

Pada 5 Mei 2010 telah tercatat satu sejarah dalam dunia bola sepak profesional yang melibatkan pertembungan di antara dua kelab Scotland iaitu Motherwell dan Hibernian sehingga menjadikan keputusan seri terbesar iaitu 6-6.

Pertembungan sengit antara dua kelab tersebut pada 10 tahun yang lalu pasti akan diingati oleh para pemain bagi kedua-dua kelab termasuk juga dalam kalangan penyokong mereka.

Perlawanan telah berlangsung di gelanggang Motherwell di Fir Park. Kedua-dua pasukan ketika itu sedang mengintai slot bagi mendapat tempat keempat dalam liga bagi kelayakan Piala UEFA 2010/2011.

Video perlawanan di antara Motherwell dan Hibernian

Pada awal perlawanan, penyerang Hibernian Colin Nish telah menjaringkan 3 gol awal bagi kelabnya sekaligus hatrik buat pemain itu. Setelah tamat babak pertama, keputusan adalah 2-4.

Motherwell terus ketinggalan pada babak kedua perlawanan apabila Hibernian berjaya menambah lagi dua gol untuk menjadikan keputusan 2-6.

Namun, segalanya berubah dalam sekelip mata, bermula dengan jaringan ketiga Motherwell bagi merapatkan jurang gol sehinggalah jaringan penyamaan pada minit akhir iaitu minit ke 93 menerusi jaringan pemain Motherwell, Lukas Jutkiewicz telah meranapkan impian Hibernian bagi mendapatkan tiga mata penuh. Sepakan Volleynya dari sudut yang sukar telah masuk ke dalam gol Hibernian sekaligus membuatkan ramai yang terkejut.

Biarpun ketinggalan jauh, namun semangat yang tidak menyerah oleh para pemain Motherwell akhirnya telah berjaya membuahkan hasil. Benar kata pepatah, ‘Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata’.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram