Advertisement
Mengganas Di ACL, Peledak Berbisa Urawa Reds Terpaksa Tinggalkan Pasukan
Asia
MakanBola
AFP

Khidmat pemain serangan Urawa Red Diamonds, David Moberg Karlsson kini tidak lagi bersama The Reds selepas beliau sah berhijrah ke kelab baharu.

Bintang kelahiran Sweden itu merupakan tunjang utama buat gergasi Jepun itu terutamanya ketika mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu.

Kelibat pemain lincah berusia 29 tahun ini sering menjadi mimpi ngeri lawan terutamanya ketika membantu Urawa Reds membenam cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 5-0.

Moberg menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut termasuklah satu jaringan sepakan percuma yang membuatkan penjaga gol JDT, Farizal Marlias terkaku.

Harga yang mahal terpaksa dibayar oleh bekas pemain Sparta Prague di Republik Czech ini apabila beliau tidak berjaya mengekalkan prestasi yang sama pada musim ini.

Hal ini susulan aksi longlainya dalam saingan J1 League yang menyaksikan beliau tidak menjaringkan sebarang gol dalam 9 perlawanan.

Beliau kini menyertai sebuah kelab yang berpangkalan di Yunani, Aris Saloniki secara pinjaman selama satu musim untuk membantu pasukannya di sana bagi saingan musim baharu.

Kontrak beliau bersama Urawa Reds masih berbaki setahun dan akan kembali memperkuat pasukan pada musim hadapan.