Advertisements
Mengganas Lawan Malaysia, Kedah Kembali Buru Mahmoud Al-Mardi
Transfer
MakanBola
FA Jordan/T. Avineshwaran

Kelincahan pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi membuka mata pasukan Kedah untuk kembali mendapatkan khidmat beliau.

Menerusi ciapan daripada wartawan terkenal, T. Avineshwaran, Kedah dilihat teruja untuk kembali bekerjasama dengan beliau memandangkan Nafuzi Zain sangat meminati pemain berkenaan.

“Kedah berminat untuk bersatu semula dengan pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi. Jurulatih Nafuzi Zain adalah peminat pemain tersebut”, tulis beliau di laman X.

“Pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan dua gol menentang Malaysia hari ini. Dia kini bermain untuk Al-Hussein.”

Sebelum ini, pemain kelahiran Aqaba, Jordan ini pernah menyarung jersi Kedah pada pertengahan musim 2022 dan berjaya menjaringkan 9 gol daripada 19 penampilan.

Mahmoud yang kini bersama skuad Jordan di Piala Asia beraksi cemerlang ketika menumbangkan Malaysia 4-0 semalam dengan dua gol dijaringkan oleh beliau.