Mentaliti Harry Maguire Jadi Inspirasi Junior Eldstal
Harimau Malaya
FAM & Manchester United
Advertisements

Pertahanan tengah Malaysia, Junior Eldstal mengakui kagum dengan mentaliti yang dipamerkan pertahanan elit Manchester United iaitu Harry Maguire.

Walaupun sentiasa menerima kecaman oleh penyokong, Maguire tidak mudah melatah dan kekal tenang sehinggakan beliau kembali meraih tempat selaku pemain utama United musim ini.

“Kalau saya tengok Harry Maguire sebagai contoh, saya lihat dalam media sosial beliau kena hentam tetapi dia tetap bermain untuk Manchester United dan England. Kalau kamu baca (kecaman), susah sebenarnya (untuk menghadapi kecaman). Jadi saya sokong mentaliti seperti itu dan mahu belajar daripadanya.”ujar Junior kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Junior sebelum ini tampil beraksi cemerlang dalam perlawanan menentang Taiwan yang menyaksikan Malaysia menang tipis 1-0 hasil jaringan Darren Lok.

Malah aksi Junior Eldstal mengawal jentera pertahanan dan memenangi perebutan bola diudara turut mendapat perhatian penyokong Harimau Malaya.

Pertahanan berusia 32 tahun ini berada dalam perancangan Kim Pan-gon untuk memperkuatkan pasukan Malaysia apabila telah dipanggil 4 kali bagi tahun ini.

Advertisements

Junior Eldstal yang sebelum ini mengalami kecederaan juga telah perlahan-lahan meraih tempat dalam pasukan Dewa United dan telah melakukan 5 penampilan sejak pulih dari kecederaan.

Nama Junior tidak asing lagi bagi penyokong bola sepak Malaysia apabila pemain kelahiran Kota Kinabalu ini sempat bermain di liga Malaysia seperti Sarawak dan JDT sebelum berhijrah keluar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram