Menyerlah Di Piala Asia, Bintang Jepun Diburu Barcelona
MakanBola
FA Japan
Sponsors

Barcelona kini dilaporkan berminat dalam mendapatkan khidmat pemain bintang Jepun, Kaoru Mitoma.

Walaupun hanya tampil bermain selama 45 minit di Piala Asia, Kaoru Mitoma pantas memberikan impak dibahagian sayap kiri Jepun terutamanya dalam aksi menentang Bahrain.

Ad

Mitoma yang baru sahaja pulih daripada kecederaan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan menerusi kemahiran menggelecek beliau dan beberapa kali mampu mencipta percubaan kepada rakan sepasukan.

Ad

Kini Barcelona yang sedang merancang untuk memperkuatkan lagi bahagian sayap kiri pasukan melihat Kaoru Mitoma sebagai calon yang ideal berdasarkan prestasi semasa beliau bersama Brighton dan juga Jepun.

Barcelona juga bersedia melakukan pertukaran pemain bersama Brighton melibatkan Kaoru Mitoma dan Ansu Fati bagi mendapatkan khidmat pemain Jepun tersebut.

Ad

Malah Ansu Fati juga sedang memberikan aksi cemerlang bersama Brighton ketika ini apabila telah menjaringkan 4 gol serta mencetak 1 bantuan jaringan dalam 14 penampilan bersama Brighton.

Ad

Pertukaran pemain tersebut dilihat sebagai situasi menang-menang buat kedua-dua pasukan namun masih tiada perbincangan rasmi dilakukan buat masa sekarang.

Kaoru Mitoma telah menjaringkan 3 gol dan melakukan 6 bantuan jaringan dalam 4 penampilan dibawah kendalian jurulatih Itali, Roberto De Zerbi.