“Mereka Tidak Suka Saya Kerana Tidak Mahu Ubah Budaya Pemalas” – Thomas Dooley
Dunia
BH Sukan
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley mendedahkan pengalaman buruk yang dilaluinya sepanjang tempoh singkat dia membimbing pasukan itu pada musim lalu.

Thomas Dooley hanya sempat mengemudi skuad tok gajah untuk dua perlawanan menentang Selangor dan Perak (tewas kedua-duanya) sebelum dia direhatkan dan tugasnya diambil alih oleh Dollah Salleh.

Sri Pahang tidak pernah membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai tindakan menyingkirkan pengendali berpengalaman itu, namun ramai yang percaya ia juga ada kaitan dengan kelantangannya mengkritik fasiliti latihan pasukan itu yang sangat daif beberapa minggu sebelumnya.

Advertisements

Apa sebenarnya yang terjadi, Thomas Dooley menceritakan secara terperinci dari A-Z apa yang dilaluinya sejak kali pertama dia dihubungi oleh pengurusan Sri Pahang bagi melamar khidmatnya.

Bekas kapten Amerika Syarikat itu berkata dia teruja untuk menyertai Sri Pahang yang diketahui mempunyai sejarah hebat apatah lagi kelab itu diterajui anak raja iaitu Tengku Muda Pahang, yang disifatkannya sebagai seorang yang baik.

Tetapi menurutnya masalah telahpun bermula sejak sebelum dia menjejakkan kaki di bumi Kuantan, termasuklah Sri Pahang melepaskan tiga pemain tonggak yang berada dalam perancangannya.

Advertisements

“Apabila saya tiba dan kuarantin berakhir, Pengerusi kelab datang jumpa saya. Saya beritahunya pasukan ini mempunyai pemain yang hebat, seperti nombor 8 (Nik Shariff Haseefy), nombor 15 dan 18. Beliau kata, oh kami baru sahaja menjual mereka.

“Saya jumpa dengan jurulatih kecergasan, dia memberitahu bahawa pasukan menggunakan GPS dan berlari secara purata 8,500m satu perlawanan pada musim lalu (2020) sambil menyatakan ia sudah cukup bagus. Saya kata, patutlah kamu tidak boleh memenangi perlawanan.

“Pengerusi kemudiannya menunjukkan kepada saya padang latihan. Tiada bilik persalinan, bermakna latihan bermula pukul 8 malam dan pemain datang pukul 7.55 malam. Apabila latihan berakhir mereka terus keluar padang, salin pakaian dalam kereta dan balik.

Advertisements

“Kampung halaman saya di Bechhofen yang bermain Divisyen 10 di Jerman, dengan ada hanya 2,000 orang tinggal di situ, ada padang latihan dan bilik persalinan yang lebih baik. Pahang pula bermain di depan 40,000 orang, penyokong kelab saya hanyalah kawan-kawan dan keluarga.

“Saya memberitahu Pengerusi kita tidak boleh berlatih di sini, tiada tempat yang lebih baik ke. Kita perlu ada bilik loker. Beliau kata kalau macam itu dekat stadium lah, ia boleh digunakan bila-bila masa.

“Bagi saya ianya menarik, berlatih di tempat yang merupakan gelanggang kita, dan menggunakan loker hari perlawanan. Malah, padang turf baru pula hanya bersebelahan, pastinya tiada yang lebih bagus dari ini. Kenapa mereka tidak pernah berlatih di sana sebelum ini?

Advertisements

“Saya ubah lokasi latihan untuk sesi latihan pertama saya, beberapa pemain muda datang sejam awal dan pulang sejam lewat. Saya akan datang sejam atau sejam setengah awal untuk persediaan latihan. Beberapa jurulatih dan pemain tidak sukakannya. Sekarang saya faham kenapa mereka tidak ubah lokasi latihan, jurulatih dan pemain tidak mahu bekerja.

“Masalah seterusnya adalah ada seorang jurulatih tidak mahu tolong terjemah. Saya tidak percayakan dia, dan saya pun tak tahu entah apa yang dia terjemahkan,” ujar Thomas Dooley.

Tambahnya lagi, ada tiga pemain senior di dalam pasukan tidak mahu hadir awal ke latihan.

“Seorang pemain kebangsaan, seorang bekas pemain kebangsaan dan penjaga gol. Mereka bertiga hadir lewat ke mesyuarat pasukan dan mencetuskan suasana tegang. Saya tahu mengapa mereka tidak pernah bertukar dari padang latihan yang uzur ini ke padang stadium. Mereka semua boleh datang lima minit sebelum latihan, dan pulang sebaik latihan tamat, tapi sekarang kena luang masa untuk bekerja,” ujarnya.

Thomas Dooley juga mendedahkan betapa pengalamannya bekerja di Sri Pahang menjadi sukar kerana Dollah Salleh, yang ketika itu bertindak sebagai pengurus pasukan.

“Pengerusi kelab kata saya boleh bawa masuk 4 atau 5 pemain baru, tapi semua pemain itu saya perlu tanya Dollah terlebih dahulu. Dia cakap oh ya, mereka semua ini pemain bagus, tapi dia perlu tanya Tengku Muda terlebih dahulu jika ianya ok.

“Hari esoknya Dollah cakap, Tengku Muda kata tak boleh. Tujuh kali dia buat macam tu, dia seorang sahaja boleh berhubung terus dengan Tengku Muda. Saya tidak percayakan dia kerana ada yang sudah menasihati saya sebelum ini supaya berhati-hati kerana dia tidak suka saya ambik tugas dia.

“Pada perlawanan pertama kami (menentang Selangor), Dollah dan dua lagi jurulatih datang bagitahu, Tengku Muda baru sahaja menghubunginya dan menyatakan saya tidak boleh turunkan Kutak (Baqiuddin Shamsudin) di dalam kesebelasan.

“Saya tanya kenapa pula, Kutak adalah pemain terbaik kita, saya sudah bagitahu mereka dalam mesyuarat pasukan bagaimana kita akan bermain dan siapa akan bermain. Pertamanya, saya tidak boleh memberitahunya, maaf awak tidak akan bermain kerana saya telah ubah fikiran, dan keduanya saya tidak percaya Tengku Muda ada mengarahkan begitu. Kalau betul, beliau sepatutnya hubungi saya.

“Kami tewas 3-1 kepada Selangor, pasukan yang mensasarkan memenangi kejuaraan. Kami melepaskan gol pada masa kecederaan separuh masa dan minit ke-94.

“Perlawanan kedua adalah di laman sendiri menentang Perak, barisan kejurulatihan nampak seperti gugup lain macam. Saya tanya mereka, kenapa ni, kita perlu positif. Kami tewas dengan jaringan 2-0, boleh tengok bagaimana gol itu dilepaskan, ia sudah menceritakan segalanya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02rHXZ8vwNJJdazf6Qhvo8599D5TXtrEdiS2VKVageuXtffJ1tGLd2RjdkDht6BzGFl&id=100006393696091

“Saya mahu berjumpa dengan Dollah dan lembaga pengarah pada Isnin selepas perlawanan itu, jadi saya menghubungi mereka, dan kami bertemu pada petang itu. Dalam pertemuan itu, lembaga pengarah memberitahu kena rehatkan saya untuk tiga perlawanan kerana ada benda tidak betul dalam dua perlawanan awal.

“Saya kata ok, boleh beritahu apa yang tidak betul? Mereka diam, saya kata tidak mengapa jika nak rehatkan saya, tetapi bagitahulah apa yang tidak betul. Saya sebenarnya mahu bertemu mereka untuk memberitahu ada benda yang tidak kena dalam pasukan, tetapi nampaknya ia sudah menjadi tidak penting kerana mereka bertindak dulu.

“Kemudian mereka kata, Thomas, kami tidak mempunyai kuasa untuk buat apa yang kami taknak buat, tapi kami terpaksa. Katanya pemain tidak mahu datang awal ke latihan, mereka juga tidak mahu menonton video pasukan lawan mahupun mereka sendiri. Jadi itu yang Dollah pergi cakap kepada Tengku Muda, hmmmm.

“Saya tanya adakah ini bermakna pemain tidak mahu belajar dan bersedia untuk menang perlawanan? Jika kamu benarkan pemain tentukan bagaimana untuk uruskan kelab, kamu akan kalah. Siapa yang gantikan saya selepas itu, Dollah! Saya memang dah agak dah pun.

“Apabila Dollah ambil alih, dua hari kemudian, saya dapat panggilan daripada Tengku Muhammad, anaknda kepada Yang diPertuan Agong. Beliau nak tahu apa terjadi dan saya ceritakan semuanya, beliau ajak berjumpa dan bercakap secara peribadi.

“Kami bertemu beberapa kali dan dan ia sentiasa menjadi perbualan yang menarik bersama beliau. Saya percaya beliau satu hari nanti akan terlibat di dalam bolasepak dan boleh berjaya dalam arena ini. Mempunyai idea dan visi yang baik, tahu apa yang betul dan tidak,” ujar Thomas Dooley.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram