Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi titip pesan kepada dua tonggak Selangor, Quentin Cheng dan Aliff Haiqal Lau.
Dalam satu ciapan yang dimuat naik Fina Nasrom di laman X, Katsuhito melihat dua pemain ini antara pemain yang cukup berkualiti dalam skuadnya ketika ini.
Ketua jurulatih asal Jepun itu gembira dan sentiasa berpuas hati dengan peningkatan serta penglibatan yang ditunjukkan Aliff dan Quentin diatas padang.
“Mereka dua ada potensi yang baik, pemain-pemain lain juga sama. Namun jika kamu bertanya tentang dua pemain (Quentin Cheng & Aliff Haiqal) ini, ya mereka ada kualiti.”
Sejak berhijrah ke Malaysia dan mengendalikan skuad Merah Kuning, Katsuhito sering memberikan kepercayaan kepada Aliff Haiqal dan Quentin Cheng untuk berada kesebelasan utama pasukan.
Beliau juga sempat memberi mesej penting buat Aliff dan Quentin agar tidak terlalu selesa dan perlu berusaha untuk konsisten dalam setiap perlawanan.
“Jangan terlalu fikir untuk menjadi pemain terbaik di Malaysia sahaja namun perlu sasar lebih besar dari itu,” ujar Katsuhito Kinoshi.
Aksi seterusnya menyaksikan Selangor bakal melayan kunjungan Penang di Stadium MBPJ malam ini. Perlawanan separuh akhir kedua Unifi Piala Malaysia itu dijadualkan berlangsung tepat jam 9 malam.