Mesin Gol Baharu JDT Ketepikan Penyerang Piala Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers / Ghana Soccernet
Sponsors

Ketika banyak pihak yang terlalu memberikan fokus kepada saingan Liga Super, saingan Piala MFL musim ini juga tidak kurang hebatnya dengan lahirnya pemain-pemain muda berbakat besar yang mungkin akan menjadi pemain bintang Malaysia suatu hari nanti.

Salah seorang pemain muda yang menyinar di dalam Piala MFL ialah penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Gabriel Nistelrooy. Penyerang berusia 21 tahun itu merupakan penyerang paling menyerlah dalam Piala MFL musim ini.

Ad
Sponsors

Manakan tidak, Nistelrooy kini merupakan pemain di carta teratas penjaring terbanyak Piala MFL dengan 12 gol. Lebih manis lagi, pemain kelahiran Sarawak itu kini berada di atas bekas penjaring terbanyak Piala Dunia B-20 edisi 2013 iaitu Ebenezer Assifuah yang kini beraksi untuk Kedah Darul Aman FC B (KDA FC B).

Ad

Assifuah berada di tangga kedua senarai penjaring terbanyak Piala MFL dengan mengumpul keseluruhan 11 jaringan musim ini. Persaingan Nistelrooy dan Assifuah dijangkan akan diteruskan lagi kerana JDT II dan KDA FC B layak ke Liga Juara (Liga 1 Pusingan).

Penyerang dari PDRM FC, Chukwu Chijoke juga mampu untuk mengejar kedudukan Nistelrooy dan Assifuah selepas penyerang dari Nigeria itu kini berada di tangga ketiga penjaring terbanyak Piala MFL selepas meledak 9 gol setakat ini.

Ad

Selain JDT II dan KDA FC B, Liga Juara turut menampilkan Terengganu FC II, PDRM FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City Extension, Sri Pahang FC dan Perak FC II. Kesemua kelab tersebut layak selepas menghuni empat tangga teratas dalam kumpulan masing-masing.

Ad

Ad