Tahukah: Messi Pernah Hampir Sertai Arsenal
MakanBola
Photo: Getty + Metro UK
Sponsors

Kelab mana bakal Lionel Messi sertai selepas ini menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia setelah pemain tersebut bergelar ejen bebas. Namun tahukah anda bahawa Arsenal pernah begitu hampir mendapatkan Messi dari Barcelona suatu ketika dulu?

Kisah Arsenal cuba menanda tangani Messi sebelum pemain tersebut menjadi bintang utama Barcelona mungkin bukan lagi rahsia namun cerita sebenar mengenai kes tersebut akhirnya didedahkan kepada umum.

Ad

Menurut Metro, Arsenal telah menghubungi keluarga Messi untuk membawa pemain tersebut ke utara London sewaktu Messi berusia 16 tahun.

Ad
New Project 8 Tahukah: Messi Pernah Hampir Sertai Arsenal
Messi sewaktu awal kemunculan beliau bersama Barcelona

Arsene Wenger berjanji bahawa Messi bakal mendapat kesebelasan utama pasukan dengan segera apabila menyertai Arsenal lalu perkara ini turut mendapat persetujuan daripada keluarga Messi. Pemain tersebut telah bersetuju menerima perpindahan ke Arsenal pada waktu itu namun urusan tersebut terganggu akibat masalah visa.

Akhirnya masalah tersebut menyebabkan perpindahan Messi gagal dimuktamadkan tetapi Arsenal berjaya mendapatkan rakan sepasukan Messi, Cesc Fabregas sebagai gantinya.

Ad

Selepas setahun, Messi dipromosi ke pasukan utama Barcelona dan melakukan debut seawal usia 17 tahun 114 hari. Satu kerugian buat Arsenal apabila terlepas pemain yang akhirnya menjadi bintang utama dalam kancah bola sepak.

Ad

Segala apa yang berlaku selepas itu kini terpahat dalam sejarah bola sepak dunia.

Ad