Persiapan pasukan Uzbekistan untuk ke Piala Asia B23 sedikit terencat apabila pemain harapan yang digelar ‘Messi Uzbekistan’ tidak dibenarkan bermain pada kejohanan tersebut.
Abbosbek Fayzullaev yang dicanang sebagai Messi dinegara itu berkemungkinan besar tidak akan beraksi untuk pasukan B23 walaupun pernah memperkuatkan pasukan senior Uzbekistan sewaktu Piala Asia yang lalu.
Ini ekoran kelab CSKA Moscow yang enggan melepaskan khidmat Abbosbek Fayzullaev kerana kejohanan Piala Asia B23 berada diluar kalendar FIFA.
Pemain berusia 21 tahun itu juga antara pemain penting CSKA Moscow dan telah melakukan 23 penampilan musim ini serta merekodkan 3 gol dan 9 bantuan jaringan.
CSKA Moscow juga sedang menghadapi saingan liga Rusia ketika ini dan berada ditangga keempat liga dengan mengutip 36 mata menerusi 9 kemenangan, 9 seri dan 4 kekalahan.
Abbosbek Fayzullaev merupakan pemain penting skuad senior Uzbekistan dan diundi sebagai Pemain Terbaik Uzbekistan 2023.
Pemain tengah menyerang itu turut mampu beraksi dibahagian sayap pasukan dan dalam Piala Asia yang lalu beliau mencatat 2 jaringan sewaktu bertemu India dan Thailand.
Ketua jurulatih Timur Kapadze mengakui kecewa dengan kehilangan pemain hebat itu namun kekal yakin Uzbekistan mampu bermain baik dan melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024.
Skuad Uzbekistan B23 berada dalam kumpulan D bersama-sama pasukan Malaysia, Vietnam dan juga Kuwait bagi saingan Piala Asia B23 di Qatar kelak.