Mesut Ozil Dikaitkan Bakal Sertai JDT
Dunia
Advertisements

Bekas bintang dunia Arsenal dan Jerman, Mesut Ozil dikaitkan bakal sertai Johor Darul Ta’zim oleh portal bola sepak Singapura, JunpiterFutbol.

“Papu Gomez dari Argentina dan Mesut Ozil dari Jerman dilaporkan akan dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim untuk musim baharu 2023. Satu rangsangan yang hebat untuk bola sepak Malaysia dan Asia Tenggara?,” lapor JunpiterFutbol.

Mesut Ozil sebelum ini bergelut untuk mengembalikan kecergasannya di Turki dan beraksi beberapa kali dalam perlawanan skuad simpanan İstanbul Başakşehir sebelum disenaraikan ke skuad utama pada Ogos lalu.

Advertisements

Hubungan baik pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dengan beberapa bintang bola sepak dunia menjadikan perpindahan pemain besar seperti Mesut Ozil bukanlah sesuatu yang mustahil.

Sekiranya hal ini terjadi, ianya bakal jadi perpindahan pemain terbesar dalam sejarah bola sepak di Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram