MFL Belanja RM10 Juta Pertingkat Mutu Liga Malaysia
Liga Super
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

CEO MFL, Datuk Stuart Ramalingam mendedahkan anggaran kos maksimum untuk memperkenal sistem pembantu pengadil video (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan mencecah RM10 juta.

Anggaran kos tersebut dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor kekangan untuk menjayakan sistem VAR. Antara faktor tersebut ialah kekuatan jalur lebar internet, peralatan yang digunakan, stadium yang bukan milik pasukan dan mobiliti.

“Bila kita buat bajet, kita buat berdasarkan kepada constraint (kekangan) tempatan yang kita kena ambil kira. Macam Zul (Zulhelmi Zainal Azam) katakan tadi betul.

Advertisements

“Selain connectivity (kesalinghubungan) dan latency (kekuatan isyarat) (internet), equipment (peralatan) yang kita perlukan, stadium yang bukan hak pasukan dan mobiliti yang kita perlukan sebab kita bukan bermain di satu pulau.

“Kita ada Sabah dan Sarawak juga. Dan kita kena buat satu sistem di mana kita boleh gunakan dalam liga tempatan. Itu sebab kosnya lebih tinggi. Kalau di negara lain di mana ada centralized venue (pusat khas), kosnya kurang sedikit sebab connectivity (kesalinghubungan) dia bagus,” katanya semasa menjadi tetamu program Nindia di Astro Arena semalam.

Stuart turut mendedahkan semua pasukan liga sudah bersetuju dengan pengenalan sistem VAR. Dan bagi meredakan kebimbangan pasukan-pasukan tentang tanggungan kos, beliau mengulangi jaminan bahawa MFL akan menanggung kos sistem tersebut.

Advertisements

“Takde, 100% semua pasukan bersetuju, tiada yang tak bersetuju. Satu soalan semasa dalam press conference (sidang media), siapa yang akan membayar (kos sistem VAR) dan effect (kesan) kepada pasukan punya dana.

“Jawapan saya sama seperti jawapan hari ini ialah kita ada masa hingga liga tahun hadapan. Kita ada masa (untuk cari) sponsor (penaja) (atau) advertiser (pengiklan) untuk VAR juga.

“Kalau kita dapat naikkan sedikit revenue (pendapatan) kita tahun depan dengan VAR, kita akan dapat kurangkan beban kepada MFL dan juga keperluan meminta pasukan-pasukan untuk menanggung sedikit bayaran.

Advertisements

So (Jadi), buat masa ini terlalu awal untuk saya cakap. Tapi kalau ada tiba masanya untuk adakan perbincangan dengan pasukan, saya akan cakap,” tambahnya.

Sistem VAR bakal digunakan dalam Liga M pada musim hadapan sekaligus melenyapkan impian melihat ia digunakan dalam aksi final Piala Malaysia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram