MFL Belum Terima Pengesahan Status Perak & Sri Pahang
MakanBola
PFC/SPFC
Sponsors

Malaysian Football League (MFL) memaklumkan mereka belum menerima pengesahan status Perak FC dan Sri Pahang FC untuk saingan Liga Super musim hadapan.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan menyatakan pendirian untuk menarik diri daripada saingan Liga Super musim 2025/26.

Ad

Pengurusan Perak memilih menarik diri susulan kemelut luar padang termasuk isu tunggakan gaji yang berjumlah RM5 juta.

Ad

Pemilik Sri Pahang, YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah pula menyatakan bahawa baginda menarik diri untuk musim 2025/26.

Apabila diminta mengulas status dua pasukan itu, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd memaklumkan badan induk itu belum menerima pengesahan tentang hal berkenaan.

Ad

“Secara rasminya, kita belum menerima apa-apa makluman daripada kelab-kelab tersebut,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

“Namun begitu, kita sedia maklum di MFL, kelab-kelab ini masih berusaha dan memberi komitmen menghantar dokumentasi untuk Lesen Kebangsaan.

Ad

“Jadi, kami di MFL menunggu sehingga tarikh tutup terbaru iaitu pada 10 Mei untuk melihat semua dokumen yang berkaitan dengan dua kelab tersebut.”

Kedua-dua pasukan dilaporkan dalam proses mendapatkan pemilik baru bagi membolehkan mereka kekal bersaing dalam liga.

Dua entiti komersial dilaporkan berminat mengambil alih pemilikan skuad Tok Gajah. Pengerusi Perak, Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi memaklumkan ada entiti komersial menyatakan minat untuk mengambil alih pasukan itu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments