MFL Beri Tarikh Akhir Buat Kedah
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah memberikan info terkini berkenaan pasukan tersebut menjelang musim baharu yang dijadualkan awal Mei depan.

Biarpun terpalit dengan isu tunggakan gaji, pihak pengurusan yang diketuai Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar sebagai Pemilik Majoriti mengambil tanggungjawab dengan penuh dedikasi untuk menangani segala isu berbangkit.

Baru-baru ini, KDA FC telah mengeluarkan siaran media berkenaan info terkini pasukan melalui semua platform media sosial pasukan. Difahamkan, Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) telah memberikan tempoh sehingga 5 Mac depan sebagai tarikh akhir penyelesaian gaji tertunggak bagi tahun kewangan 2023.

Advertisements

“Pihak pengurusan KDA FC telah menerima makluman dari Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) bahawasanya KDA FC diberikan tempoh sehingga 5 haribulan Mac 2024 sebagai tarikh akhir penyelesaian gaji tertunggak bagi tahun kewangan 2023 iaitu sebelum Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) MFL pada 6 haribulan Mac 2024.

“Dalam perkembangan terkini untuk penyelesaian tunggakan gaji tersebut, pengurusan KDA FC yang diketuai Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar telah mendapat kelulusan pembiayaan dana dari institusi tertentu untuk tujuan penyelesaian tunggakan tersebut. Namun, dana tersebut hanya akan ditunaikan seawal bulan April.

“Rentetan dari kekangan untuk memenuhi keperluan sebelum tarikh akhir penyelesaian yang diputuskan oleh Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB), KDA FC sedang bertungkus lumus mendapatkan dana pendahuluan bagi tujuan pembayaran segera kepada semua pemain dan pegawai semua pasukan KDA FC yang bertanding dalam Liga Malaysia, serta staf pentadbiran kelab,” umum KDA FC melalui satu siaran media di Facebook.

Advertisements

Kedah merupakan salah satu pasukan yang berisiko untuk diturunkan ke Liga M3 selepas terpalit dengan isu tunggakan gaji bagi saingan musim 2023.

Kelab yang penuh dengan sejarah itu dijangka akan mengekalkan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih memandangkan jurulatih muda tersebut masih mempunyai baki kontrak bersama Kedah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram