MFL & Bubbles O² Jalin Kerjasama Strategik Musim 2023
Liga Super
Haziq / MakanBola
Advertisements

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kini menjalinkan satu lagi kerjasama strategik bersama sebuah syarikat minuman besar di Malaysia yang dikenali sebagai Bubbles 02.

Bubbles O² merupakan satu-satunya air mineral beroksigen semulajadi di Malaysia.

Malah, air mineral asli secara semula jadi beroksigen ini kaya dengan kandungan oksigen terlarut tinggi yang muncul ke permukaan dari air bawah tanah dalam hujung ekor Banjaran Utama Semenanjung, melalui batuan terluluhawa bertahun-tahun.

Advertisements

Akuifer ini sangat kaya dengan oksigen, memberikan gelembung oksigen semulajadi yang jernih dan jernih apabila dibotolkan terus di sumbernya.

Syarikat minuman ini juga sudah pun mengembangkan sayap mereka ke luar negara termasuklah di Brunei dan juga Indonesia.

Advertisements

Kerjasama antara pihak MFL ini difahamkan terjalin selama satu musim dengan kedua-dua pihak positif untuk meningkatkan nilai tambah ke dalam bola sepak Malaysia.

Sebelum ini, MFL juga telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa lagi syarikat seperti Colgate dan sebagainya.

Advertisements

MFL juga berharap agar jalinan kerjasama ini daoat dikekalkan menjelang tahun mendatang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram