MFL Denda & Beri Amaran Buat Kelantan DN
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC
Sponsors

Pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dikenakan hukuman denda RM5,000 dan amaran pertama oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ini selepas pasukan itu melakukan kesalahan mempromosikan penyiaran perlawanan di platform bukan penyiar rasmi liga di laman media sosial rasmi mereka pada 27 September lalu.

Ad

Ini merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan MFL berhubung isu tersebut yang bertarikh 2 Oktober.

Ad

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Giorgio Pompili Rossi menyifatkan perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana perbuatan menyiarkan perlawanan secara haram di platform media sosial atau laman web yang tidak diiktiraf bukan saja bertentangan dengan undang-undang.

Ad

Malah, hal ini boleh menjejaskan nilai komersial Liga M di mana hak penyiaran merupakan antara pendapatan besar yang diterima setiap kelab.

Ad

“Kami di pihak MFL sangat menjaga privasi kandungan dan tontonan aksi Liga Malaysia di mana kami juga ingin menjaga hak penyiar rasmi iaitu Astro dan RTM yang sentiasa berusaha memberikan liputan terbaik kepada penyokong.

Ad

“Kami juga mahu melindungi nilai komersial Liga Malaysia di mana hak penyiaran juga adalah antara punca pendapatan besar kepada kelab-kelab.

“Justeru, apabila ada yang masih mempromosikan siaran langsung secara haram, MFL sememangnya berasa kecewa dan berharap situasi sebegini tidak lagi berlaku,” katanya.

Rossi berharap penyokong pasukan-pasukan Liga M dapat memilih Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai medium untuk menyaksikan aksi pasukan kesayangan mereka.

Ini kerana kedua-dua entiti media itu sentiasa berusaha menyediakan siaran perlawanan dan liputan yang menyeluruh untuk Liga M musim ini demi kepuasan penyokong.

“Harapan saya adalah penyokong-penyokong tidak sesekali menonton sebarang perlawanan secara haram sebaliknya menonton siaran yang telah disediakan iaitu Astro dan RTM,” ujarnya.

Rossi turut mengingatkan semua kelab Liga M seandainya isu ini kembali berulang, hukuman lebih berat bakal menanti mana-mana kelab yang melanggar peraturan tersebut.