MFL & Dr. Zulkifli Cari Jalan Semarakkan Syiar Islam Di Liga-M
Dunia
FB Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Advertisements

Pujian harus diberikan kepada Malaysia Football League (MFL) yang semakin menambah baik pelbagai aspek untuk menguruskan Liga Malaysia.

Yang terbaru, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri atau lebih dikenali dengan Dr. Zulkifli telah mengesahkan pihak pengurusan MFL yang terdiri daripada Dato’ Ab Ghani Hassan selaku Presiden dan Stuart Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat bertemu dengannya pada 2 Mac lepas.

“Pada 2 Mac 2022, pihak Malaysian Football League diwakili Dato’ Ab Ghani Hassan selaku Presiden dan Stuart Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat bertemu saya.

Advertisements

“Pihak MFL berhasrat memohon pandangan saya bagi beberapa usaha pembaharuan industri bola sepak negara khususnya berkaitan agama. Alhamdulillah, saya dimaklumkan idea dan saranan saya telah pun mula dilaksanakan dalam perlawanan-perlawanan yang dijalankan,” jelasnya dalam satu muat naik di laman Instagram milik beliau.

Idea dan saranan yang dimaksudkan Dr. Zulkifli adalah dengan menekankan syiar azan. Bagi beliau, azan wajar dikumandangkan setiap kali perlawanan bola sepak yang melewati waktu solat.

“Antaranya, saya menekankan syiar azan wajar dikumandangkan setiap kali perlawanan bola sepak yang melewati waktu solat. Para pemain akan berhenti seketika dengan durasi kurang 1 minit bagi menghormati azan yang dialunkan oleh Ustaz Nur Fathi, Pegawai Hal Ehwal Islam di Pusat Islam USIM.

Advertisements

Selain itu, bagi perlawanan berskala besar, Dr. Zulkifli telah mengarahkan pihak USIM untuk menyediakan khidmat imam-imam di beberapa ruang solat dalam stadium.

“Saya juga telah mengarahkan pihak USIM melalui Pusat Sukan USIM untuk menyediakan khidmat imam-imam di beberapa ruang solat dalam stadium bagi perlawanan yang berskala besar. Ini selari dengan pandangan Imam al-Ramli daripada mazhab Syafie berkenaan hukum المسجد المطروق yang tidak memakruhkan untuk mempunyai beberapa imam yang memimpin solat berjemaah dalam satu-satu tempat.

“Usaha ini mungkin kecil namun ia adalah asas yang baik bagi memaknakan konsep Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Syiar Islam perlu terus subur di bumi tercinta ini,” ujar Dr. Zulkifli.

Advertisements

Dr. Zulkifli berharap usaha ini mendapat barakah dan beliau mengucapkan tahniah kepada MFL atas pembaharuan yang dilakukan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram